Pages

Kebosanan!!

Hah aku xtau nk cte ape sbnrnye...
so men taip je la ni ea..
skunk ak nga bsn thap cipan...hmm...bsan...xtau nk wt pe...
huhuh..mataku dh mngantuk....aish ari2 msk ofis ngntuk..aiyoyo...
bagaimana ini???
ada sesapa tau x cara bagaimana nk menghilangkan rase ngantuk tahap babun [binatang apakah itu??]
uish..jp r cri cte klaka plak...huhuh



Jodoh Kita!!

10 PETANDA DIA JODOH KITA

by محمد أمير الهادي عزمي on Saturday, August 28, 2010 at 1:11am
+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad: Hj Abdul Samad
Feel free to copy/share. Don't ask

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Melaka Ohh Melaka

ok...crita bermula..


Jumaat,18/02/2011
Ari jumaat mggu lpas la..aku n elly aka EJ bertolak la dr jb ke segamat pada jam 2.00pm dengan menaiki bas express SnS...huhu...smpy segamat mau turun didpan mobil tp driver tu ckp "Depan tu dh xleh berenti lg dik..xleh dh.." peh aku rse cm bengang gle..slme ni driver len leh je bnti kt ctu...so disbbkan xleh bnti kt bandar,kami teruskan perjalanan ke terminal...smpy terminal..owh no,bas kuning aka bas UiTM xde plak..sedey sudh..kmi xtrus msk uitm, oleh kerana terlalu lapar,kami mkn roti telur dlu..ahaks..
disebabkan bas kegemaran kami xsmpy2,kmi amek kptsn nek keta biru@teksi..huhuhu...[terpaksa la wei]...
smpy uitm ain n fiza sudh tunggu aku...n roomate lme ely juga tggu die...wee~~~
so banggala jap jd pelawat yg terhormat sebab dijemput bagai..hahaha..[cm xbiasa msuk].. smpy2 xlek blik[ada blik ke??]cnfius suda...hahaha....kami p tgk pembukaan SUKOL...nk dptkn cop[motifff...xgne pn]...pas stel mlm tu tgk movie,borak2 smpy kul 3 pg bru tdo..hahaha

Sabtu,19/02/2011
bgun pg2 dlm kul 7 gtu,mndy2 siap2 kul 8 p bwh mutiara...arini nk p melaka....yeay.,.
kami grk p lua pgar uitm jam 8.30..smpy2 mirul dh tggu kami dlm keta..so trus la grk p umah owner keta tu untuk sign form..huhuhu..then blm grk lg tbe2 keta tu berasap..hbt gle...hahahaha.....ape daa...keta cm tu....
jam 9.30 bru kmi grk ke melaka..smpy dataran pahlawan lebih kurg jam 11 la...cincai..hahahaha..
kt sne zafis dh tggu ktorg...so ktorg cri mkn dlu..lapar kot..huhuhu..
mkn kt mahkota parade..ye kot..aku pn xtau..aku ikut je..haahahaha..pastu bru la ktorg p AFamosa,ketapi lama,kapal terbang lame, kereta lembu,muzium  samudera[ala yg kt kapal tu...] then p menara taming sari..aku beriya2 nk nek..almklom menjakon jap...hahaha..pastu zafis n ain je la melayan kerenah aku ni..ktorg nek la..elly,mazni n mirul tggu kami kt bwh je..hahaha..gile gayat..xmo nek lg..ceh... pastu kmi p dataran pahlawan n p brger king plak...mmg btul2 king la kan...last sblm btlak lek ktorg p padang pahlawan untuk amek gmbr yg terakhir...huhuhu...ktorg grk ke melaka sentral untuk anta zafis yg nk lek ke shah alam...keh3...cm sardin keta tu...byg kn kancil bwk 6 org...xmnyempit lak kan...hahah... uish tersesat suda nk ke melaka sentral tp terlepas...n skli lg keta berasap akbt kai aircon..airnye kosong..hampeh pnye keta...huhuhu....so zafis n elly p cri air smbil tgk tket kt melaka sentral....heee...pas anta zafis ktorg grk pulang tp mlgnye sesat...pusing2 kt ctu gak...hahaha..tp akhirnye jmpe gak jln kua...hee...dlm jam 10 kmi smpy uitm segamat dlm keadaan penat yang teramat...lek,mndy2 terus tido...heee...sonok3..

Ahad,20/02/2011
arini aku lek jb la der...xde cte dh..


cerita pun tamat....
credit to Ain,Elly@EJ,Mazni,Zafis n Mirul[our driver]..
kne buli je la 2 mamat ni...cian junior kami c mirul..
cnfrm penat gle..heee...
thankz All...
:)) <3<3



Hari Ini!!!

hahaha..tgk tjuk pn dh plek kan...huhuu
hari ini aku n elly p segamat la wei..
wt ape???
aje je nk melepak bersama kawan2 di segamat ni..
n InsyaAllah sok ktorg akn p ke Melaka pulak..huhuhu...
INGAT!! jgn blnja mcm2..hahahah..
huhuhu...even xrmi jmpe but hepy la kn..dpt jmpe dorg kt sni..
ok stop kt sni..xtau nk cte ape lg..heee~~~



Baru Ku Tau....

Selama ni aku rse seperti dipermainkan..
tp now aku dh phm selama ni smua silap aku..
aku terlalu cemburu?? salah ke aku cemburu pada orang yang aku sayang??
aish...penink kpala ble pkirkan hal ni..
tp aku kena kuat hadapi semua ni..
aku akan cuba buang sifat cemburu aku ni...
aku sayang dia..betul ke dia tunggu aku seperti aku tunggu dia??
ku mengharapkan yang terbaik untuk ku...
kenapa aku harus berharap??????



IID?? ape tu?

Crita Lama punya...hahaha...dh taip tapi aku xpost2 lg..so terpksela aku edit then aku post la kan...nk upload gmbe terasa internet terlalu lambat la plak..huhu..ini crita sem lpas pnye crita..hik3


Di kala orang ramai berpusu2 pergi ke kelas, aku n group aku n dak2 klas aku lak bz kat dewan..
huhuhu....kami semua masuk pertandingan invention,inovation,and design...hah tu la mksd IID....heheeh
eh lupa lak nk bgtau tarikh...pada 25 and 26 ogos la pertandingan tu..
huh...serius sangat penat....lpas pertandingan je aku terus demam...ya ampun...sangat2 penat...
group aku msuk kategori inovation..kitorg wat project sistem ITEM ORGANIZER...
hah? nk tau ape die tu? rahsia la wei...spe soh x ctg tgk mse tu..
huhu...tp atleast aku bagga la gak walupun dpt pingat PERAK je...nek skit tekak dok gasak tergkan bnda yang sme pd org yang berlainan.... tahniah la untuk group mmber @ classmate aku sebb dpt pingat emas..caya la beb...to zafis,na n elly..tahniah...go I-QUEST...hahaha..to anis,fifi, n farhin..tahniah gak dpt gangsa...caiyok2 EASY...heheh..n lastly group ima,madi n wani yang wat CMS even dpt gangsa pun...hebat...huhuhu..
penat dah berceloteh...



Finally!!

huh...finally siap gak aku edit blog aku ni..
even xbpe nk menarik..tp aku cbe sedaya upaya beb...
aku try mengaplikasikan ape yg aku blaja mse kt u dlu...
aku try create coding html n css sndri...hahaha..tp ni je la hasilnye..
seronok gile....:))
start now aku akn merajin mengupdate blog aku agr lebh banyak posting..hehehehe..
ok dah..stop dlu..len kli cte lg...