Pages

Lelaki vs Perempuan... berkawan baik??

Hai.. Assalamualaikum... selamat malam semua.. apa khabar korang?? harap sihat la ye dak macam aku yang bertambah-tambah sihat sejak bergelar penganggur terhormat... peewwiiiittttttttttttttt..... hahaha

ok, malas nak bermukadimah panjang berjela, sedang aku syok sangat berbisnes, tetiba aku teringat cerita Diandra... ala yang kat tv3 setiap hari selasa pukul 9 mlm tu... huhu... aku ada terdengar adalah dalam babak cerita tu, kawan kepada tunang member baik Diandra ckap "LELAKI DAN PEREMPUAN MANA BOLEH JADI KAWAN BAIK" hah.. lebih kurang cam ni la ayat die tu.. almaklom la bukan aku tengok sangat pun... huhuhuhu...

ok, kat sini aku tertanya-tanya, kenapa pulak lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik?? bagi aku 100 sebab musabab yang kukuh menyebabkan lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik?? tak cukup 100 jangan dok sibuk terima kenyataan di atas... hek3.. ok sorry, teremosi pulak.. :p

mungkin ada yang cakap kalau laki dan perempuan tu kawan baik, mesti ada sedikit perasaan sayang dalam hati.. yes.. memang aku tak salahkan statement ni, tapi perasaan kot, boleh control kan.. mind set mesti betul maaa... kalau dr mula korg jd BFF korg pnye mind set dh set kawan baik.. tak denye nak berperasaan bagai ni... ini pandangan aku je.. terpulang nk terima ke dak... :p

actually, dari pandangan aku la di alam yang nyata ni, aku tengok ok je lelaki dan perempuan bersahabat baik.. firstly, aku tengok junior2 sekolah aku dulu... ok je dorang berkawan.. tak de masalah si polan ni tak leh terima si polan tu sebab cinta, sayang... yess.. sayang tu aku terima sebab sayang untuk semua orang.. tapi cinta, tak mungkin kalau korang dah mind set awal2...

dan sebenarnya, aku jugak punya sahabat baik lelaki.. its almost 6 years, we have been a bestfriend forever and ever... heh??, hahaha.. tolong, english aku sangat ke laut... hahahahaa...  aku ada satu group ni yang terdiri daripada 5 orang termasuk aku.. 3 perempuan dan 2 lelaki.. sepanjang ktorg bersahabat baik ni, tak de la pulak aku nampak perkara yang mencurigakan antara kami.... kami still jalankan aktiviti yang sama-sama suka.. setiap tahun ada je aktiviti yang wajib kitorang buat...

mesti korang cakap, eleh jumpa setahun sekali boleh la.... hello itu aktiviti wajib.. kitorang selalu jumpa kalau rasa nak hangout saja-saja.. tak de masalah... yang best kami sekepala...bila jumpa sentiasa ketawa dengan lawak jenaka dan sikap perangai masing2... ok je...

sebenarnya boleh je laki dan perempuan jadi bestfriend, cuma korang kenalah pandai jaga hati, jaga perasaan supaya one day korang tak terkilan or terkeciwa... satu lg, if korang ada pasangan tak kira la makwe ke pakwe ke isteri ke suami ke tunang ke ape2 je la... pastikan dia boleh terima korang apa adanya.. bukan terima korang sebab rupa paras or pangkat darjat semua bagai... itu namanye cinta harta je lebih...:p
maksud aku terima seadanya, dia boleh terima siapa kau, siapa keluarga kau, siapa kawan2 kau dan siapa bff kau... yesss... itu yang best... tapi ada ke cm tu??? heeee~~~ tepuk dada tanya hati...
kalau setakat terima kau sorg, then family kwn2 bff smua xterima, bole jalan la... esok lusa lepas kawen, kau jd katak dalam gelas.... nampak persekitaran tapi takot nak bersemuka... *apa aku merepek????

ok, aku malas nak cakap banyak.. mata pun dah ngantok ni, nah aku tepekkan gambar BFF aku sekeping..

mereka BFF aku...kmi bukan dri tempat yang sama,sek yg sma tp kami SAHABAT.....selamat berkenalan... hahahah
dari kiri : mat, aku, eha, yus, ejam

puas hati?? hahah... orait...tido time... semoga ape yang cuba aku sampaikan ni korang paham la ye.. bersahabat berlainan jantina bukan tidak boleh tapi boleh dengan syarat mind set korang... yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang buruk itu datangya dari diri aku sendri...SELAMAT MALAM!!!


nota kaki :: jemput la ke K.U-Beauty Collection blog dan K.U-Beauty Collection page.. ada pelbagai produk kesihatan dan kecantikan.. shawl pun ada taw.. yang pasti murah.. :)